Mengenai Saya

Foto saya
nama mohd hairul ezral bin ahmad bahman.. umur..20 thun.. aku student perakaunan sem 4 2009.. di kolej INSTEDT.. Ape 2 INSTEDT?? institut sains dan teknologi darul takzim..

Isnin, 9 Februari 2009

dak shuffe jahat sgt ker????


Gaduh, mabuk lawan Shuffle Oleh mohd hairul ezral... sumber dari:harian metro



KUALA LUMPUR: Tarian Shuffle sepatutnya menjadi aktiviti sihat di kalangan remaja kerana selain mempamerkan kemahiran tarian kaki, ia juga baik untuk membina stamina dan kesihatan jantung. Bagaimanapun, di kawasan siar kaki di Bukit Bintang di sini, lain pula jadinya apabila segelintir kumpulan remaja penggemar tarian berasal Ireland itu menjadikannya sebagai lesen untuk pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri. Difahamkan, tarian itu yang popular di Australia selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran zaman, kini begitu cepat merebak dan menambat hati remaja Melayu termasuk murid sekolah rendah sehinggakan mereka tidak segan silu menari sama ada di kawasan awam atau sekolah. Ia juga menenggelamkan kegilaan golongan itu terhadap budaya skinhead dan punk menyebabkannya menjadi buah mulut di kalangan remaja kota sehinggakan sekitar Bukit Bintang tidak ubah seperti tapak pesta apabila golongan berusia 13 hingga 19 tahun berkumpul menyaksikan beberapa kumpulan mempersembahkan kemahiran tarian Shuffle. Seorang remaja dikenali sebagai Daniel yang berkunjung saban minggu ke situ, mendakwa bagaimanapun terdapat beberapa kumpulan Shuffler yang tidak sebulu dan gemar bergaduh sesama mereka. "Biasanya kumpulan ini datang setiap minggu untuk bertarung menari bagi menunjukkan siapa lebih hebat. Kadangkala pertarungan itu membawa kepada pergaduhan," katanya. Seorang penggemar tarian itu, Boy, 18, berkata dia mula terikut-ikut menari Shuffle selepas melihat beberapa rakannya menari dalam kelas. Menurutnya, langkah tarian itu agak unik berikutan ia banyak bergantung pada gerak kaki yang seolah-olah seperti berlari setempat, namun dengan pelbagai langkah berbeza. Berdasarkan maklumat di Internet, tarian Shuffle mempunyai beberapa teknik unik seperti Puppet Dance, Jump Style hinggalah teknik paling sukar yang dipanggil Hard Shuffle. "Saya terpikat dengan tarian ini dan hampir setiap hari berlatih untuk memastikan saya mahir. Malah, saya turut mempelajari asas tarian ini melalui laman web dan video. "Biasanya, kami gemar menari di khalayak ramai kerana ada geng lain akan cuba melawan. Apabila berlaku cabar mencabar, barulah keadaan jadi 'panas' dan seronok," katanya. Menurutnya, penari Shuffle yang tidak cukup stamina biasanya cepat letih mudah dikalahkan. "Bagaimanapun, ada di kalangan mereka tidak puas hati kerana kalah dan nak cari gaduh. Lebih bengang apabila mak we kena usik. Akibatnya kami bergasak setiap kali terserempak dengan ahli kumpulan itu," katanya, Seorang lagi remaja, Mazan, 16, mendakwa tarian Shuffle hanya untuk suka-suka dan riadah. "Ketika menari Shuffle, jantung kita akan menjadi pantas dan langkah tarian itu menyebabkan otot kaki jadi kuat. "Namun, kalau salah cara, ada yang terseliuh kaki terutama di kalangan mereka di peringkat asas. "Apa yang saya tahu, tarian Shuffle di sini berbeza dengan di barat kerana gaya Malaysia diubah suai," katanya. Mazan juga tidak menafikan ada di kalangan remaja Melayu yang minum arak sebelum menari, kononnya untuk memberi ketenangan. "Mungkin mereka nak tunjuk hebat atau rasa dah besar," katanya. Pengamatan wartawan Harian Metro yang berkunjung ke tapak Shuffle itu, mendapati walaupun terdapat dua hingga tiga kumpulan mempamerkan kebolehan menari, namun lebih ramai remaja hanya sekadar berpeleseran di kawasan itu. Mereka tidak segan silu merokok serta berpelukan antara lelaki dengan perempuan, malah ada yang tidur di kaki lima akibat keletihan kerana melepak.


#hurmmm kengkawan sume.....adakah shuffle ni 1 riadah?atau sekadar nk tunjuk hebat?atau sebaliknye?

jwapanyer ade pd shuffler sekalian....

Ahad, 8 Februari 2009

sosial semakin parah!!!!!

Wajarkah seorang gadis yang sudah hendak mendirikan rumahtangga tak lama lagi tapi masih keluar berdua dengan kawan lelaki tanpa memberitahu kepada bakal suaminya? Apa jua alasan yang diberikan tetap tak boleh diterimapakai. Tindakan seperti itu tak ubah seperti mahu membunuh diri sendiri. Oleh kerana keseronokan sementara yang dikejar, padah berpanjangan yang diterima.


Sebagai gadis, tak seharusnya kehulur ke hilir dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan dengan dirinya. Kemana hilangnya maruah diri jika berperilaku sedemikian rupa. Berkawan pun ada batasnya. Jangan jadikan kawan sebagai tiket sah untuk berbuat sesukanya. Almaklum sajalah, lelaki ni berbunga-bunga hatinya bila keluar dengan perempuan. Apalagi jika perempuan tu cantik cun melecun. Pada mulanya memang sekadar kawan, tapi tak semua lelaki yang boleh berbuat begitu. Pada kebiasaannya lelaki akan mudah jatuh hati pada perempuan yang cantik. Mungkin si perempuan tu hanya anggap sekadar kawan tapi tidak pada lelaki. Apabila sudah jatuh hati, nanti timbul pula hasrat lain. Nak berpegangan tangan lah,itu lah,ini lah. Selepas itu? Sendiri mau ingatlah.

Dah lumrah lelaki tarikannya pada perempuan. Lelaki ada tabiat yang hampir serupa. Tidak kiralah samada yang masih bercinta atau yang sudah berkahwin iaitu suka akan perempuan lain tapi dalam masa sama tak suka pasangannya diganggu lelaki lain. Tapi tak semua begitu. Ramai lagi yang setia pada yang satu. itu semua normal. Tapi bagaimana pula jika lelaki yang setia tetapi pasangannya pula yang berlaku curang? Lelaki itu menjaga diri sebaik mungkin akan tetapi bakal isterinya berpeleseran dengan lelaki lain secara senyap-senyap. Perempuan jenis apakah itu? Tiada hati dan perasaan kah? Tidak rasa bersalahkah berbuat sebegitu? Adakah sudah tiada lagi malu dalam diri sehingga sanggup berbuat sebegitu?
Memang benar,zaman kini semakin mencabar. Tekanan kerja kadangkala memberi tertekan yang sukar ditepis. Tapi keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan sebagai cara untuk melepaskan tekanan adalah merupakan tindakan yang kurang bijak. Itu mengundang padah namanya. Apa tidaknya, syaitan gemar akan situasi sebegitu. Malah masyarakat setempat pun akan pandang negatif keatas orang sebegitu. Tapi yang menghairankan, mereka menganggap segala perbuatan mereka itu adalah betul selagi tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya. Lupakah dia bahawa dalam agama melarang akan perbuatan sebegitu.

Kini budaya bersosial sudah semakin parah. Perkara-perkara yang ditegah sudah dianggap seperti perkara yang biasa. Sudah tiada lagi rasa malu untuk berbuat perkara yang dilarang. Malah berbangga dengan budaya bersosial tersebut. Orang yang menentang budaya berkenaan akan di cop sebagai golongan yang kolot. Mengapa sebegitu dahsyat cara pemikiran anak-anak muda sekarang ini? Sama-samalah kita fikirkan…