Mengenai Saya

Foto saya
nama mohd hairul ezral bin ahmad bahman.. umur..20 thun.. aku student perakaunan sem 4 2009.. di kolej INSTEDT.. Ape 2 INSTEDT?? institut sains dan teknologi darul takzim..

Ahad, 8 Februari 2009

sosial semakin parah!!!!!

Wajarkah seorang gadis yang sudah hendak mendirikan rumahtangga tak lama lagi tapi masih keluar berdua dengan kawan lelaki tanpa memberitahu kepada bakal suaminya? Apa jua alasan yang diberikan tetap tak boleh diterimapakai. Tindakan seperti itu tak ubah seperti mahu membunuh diri sendiri. Oleh kerana keseronokan sementara yang dikejar, padah berpanjangan yang diterima.


Sebagai gadis, tak seharusnya kehulur ke hilir dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan dengan dirinya. Kemana hilangnya maruah diri jika berperilaku sedemikian rupa. Berkawan pun ada batasnya. Jangan jadikan kawan sebagai tiket sah untuk berbuat sesukanya. Almaklum sajalah, lelaki ni berbunga-bunga hatinya bila keluar dengan perempuan. Apalagi jika perempuan tu cantik cun melecun. Pada mulanya memang sekadar kawan, tapi tak semua lelaki yang boleh berbuat begitu. Pada kebiasaannya lelaki akan mudah jatuh hati pada perempuan yang cantik. Mungkin si perempuan tu hanya anggap sekadar kawan tapi tidak pada lelaki. Apabila sudah jatuh hati, nanti timbul pula hasrat lain. Nak berpegangan tangan lah,itu lah,ini lah. Selepas itu? Sendiri mau ingatlah.

Dah lumrah lelaki tarikannya pada perempuan. Lelaki ada tabiat yang hampir serupa. Tidak kiralah samada yang masih bercinta atau yang sudah berkahwin iaitu suka akan perempuan lain tapi dalam masa sama tak suka pasangannya diganggu lelaki lain. Tapi tak semua begitu. Ramai lagi yang setia pada yang satu. itu semua normal. Tapi bagaimana pula jika lelaki yang setia tetapi pasangannya pula yang berlaku curang? Lelaki itu menjaga diri sebaik mungkin akan tetapi bakal isterinya berpeleseran dengan lelaki lain secara senyap-senyap. Perempuan jenis apakah itu? Tiada hati dan perasaan kah? Tidak rasa bersalahkah berbuat sebegitu? Adakah sudah tiada lagi malu dalam diri sehingga sanggup berbuat sebegitu?
Memang benar,zaman kini semakin mencabar. Tekanan kerja kadangkala memberi tertekan yang sukar ditepis. Tapi keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan sebagai cara untuk melepaskan tekanan adalah merupakan tindakan yang kurang bijak. Itu mengundang padah namanya. Apa tidaknya, syaitan gemar akan situasi sebegitu. Malah masyarakat setempat pun akan pandang negatif keatas orang sebegitu. Tapi yang menghairankan, mereka menganggap segala perbuatan mereka itu adalah betul selagi tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya. Lupakah dia bahawa dalam agama melarang akan perbuatan sebegitu.

Kini budaya bersosial sudah semakin parah. Perkara-perkara yang ditegah sudah dianggap seperti perkara yang biasa. Sudah tiada lagi rasa malu untuk berbuat perkara yang dilarang. Malah berbangga dengan budaya bersosial tersebut. Orang yang menentang budaya berkenaan akan di cop sebagai golongan yang kolot. Mengapa sebegitu dahsyat cara pemikiran anak-anak muda sekarang ini? Sama-samalah kita fikirkan…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan