Mengenai Saya

Foto saya
nama mohd hairul ezral bin ahmad bahman.. umur..20 thun.. aku student perakaunan sem 4 2009.. di kolej INSTEDT.. Ape 2 INSTEDT?? institut sains dan teknologi darul takzim..

Ahad, 22 Mac 2009

ceriter yg agak2 lawak ar....huhuhu


Lawak Orang Asli

Orang asli adalah satu kaum dalam Malaysia yang kehidupannya agak terpencil dan tidak terdedah pada sebarang pembangunan seperti di bandar.Tidak dinafikan sekarang ini telah ramai yang telah mendapat pelajaran tinggi dan tidak lagi berpakaian seperti orang-orang asli sebelum pembangunan menyapa kehidupan mereka.Lawak yang bakal dipersembahkan di sini adalah semasa zaman mereka di dalam hutan dan bukan semasa sekarang. So saya harap ianya tidak akan menyinggung perasaan masyarakat asli sekiranya mereka terbaca akan lawak ini.
Lawak 1
Seorang askar pernah bercerita semasa beliau berada di dalam hutan meronda beliau telah terserempak dengan seorang orang asli sedang memancing ikan.(Sebelum itu biarlah saya menerangkan bahawa orang asli adalh satu kaum yang amat betul bendul dan mereka takkan bercakap bohong)
Maka askar tersebut kononnya cuba nak bermesralah dengan orang asli tersebut lalu beliau pun bertanya dengan penuh mesra " Banyak dapat ikan??"Maka bertolehlah orang asli itu dalam keadaan terperanjat sambil menjawab " Mane shaye tauuu tanyalah ikan....shaye bukan ikan........!!!"
Lawak 2
Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya " OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"
Lawak 3
Memandangkan masa dulu orang asli ni tinggal di dalam hutan tebal maka banyaklah benda yang mereka tak pernah lihat.Mari kita dengar apa kata segelintir orang-orang asli ini apabila ditanya oleh tentera tentang beberapa benda yang tak pernah dilihat oleh mereka :
Askar : Kepala keretapi makan?
Orang asli : Makan jugak shikit-shikitkalau taruk garam.............................................
Askar : Kapal terbang makan?
Orang asli : EEEiii shedap tu kalau dibuat gulai.....
........................................
Askar : Helikopter makan??
Orang asli : (Oleh kerana dia orang nihanya biasa tengok helikoptrmaka berikutlah jawapannya)Issh!!.. helikopter manaboleh makan..itukan beshi.!!

Lawak 4Pada suatu hari ada seorang asli pergi keBalai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya.Orang Asli:Datuk...saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya,dia dibaham oleh harimau.Polis: Pukul berapa?Orang Asli:Tak pukul tok,harimau tu terkam jer.Polis: Habis tu?Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je.

Lawak pandir..


Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih konpius sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

Jumaat, 20 Mac 2009

Pengalaman manis....



Assalamualaikum,hye kengkawan aku yg knali aku...nme gelaran akudari sekolah smpailh saat nie ialah erul,quedut or ezral...tp paling top quedut ar..huhu....aku ader citer yg nk kongsi ngan korang...pd tanggal 13-15 mac lpas aku diberi tanggungjawp yg besar iaitu fasilitator untuk kem kepimpinan pengawas kat sekolah menegah kebangsaan layang-layang kluang..kt sini aku nk citer pasal knangan aku kt sne..

Firstly aku nk ucapkan jutaan terima kasih kt pihak sekolah sebb jemput wakil dari kolej kami Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim atau lebih dkenali sebagai INSTEDT..bg aku ni satu pengalaman yg tak dapat aku lper kan sebabnyer pertama kali aku berhadapan ngan owg yang tak pernah aku terpikir nk jumpa..hurm bg aku sekolah 2 best ah sebb lyn ktorang ngan baek.bdk2 kat sner pn semua baek n beri kerja sama yg baek ngan ktorang..

Kepada adik2 yang msuk blog abg ni..thankz k..abg harap adik2 jd kan kem 2 sebagai satu pengalaman yang tak dapat adik lper kan..selain tu abg harap adik2 dapat jd seoarang pemimpin yang berdedikasi..kpd adik2 yang msg abg thankz k..sowie lah sbb abg tak dapat lyn adik lbih sbb abg bz sgt lah..maklumlah exam ktorang dh tak lamer...last skali abg nk mintak maaf kalo2 abg termarah or terguriskan hati adik2 k...blajar btl2 k...ingat pesan mak ayah...kalo ader rezeki kter jumpe lg k...so wassalam...wat adik2 form 5...GOOD LUCK!!!!!

SMKL THE BEST.......

Rabu, 18 Mac 2009

ceritera mat rempit kini...




Kisah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat dia mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, gedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang.Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan?meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light.siol aje...Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkangsorang sorang dilampu isyarat?macam ape entah?..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku.Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu?tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah?. Lepas tu tak mau ngurat lagi

Lupakan politik...


Bosan la kan bercakap pasal politik, sebab rakyat rakyat marhaen sudah naik menyampah dengan gejala tidak bermoral golongan cakap banyak dan juga banyak cakap tapi habuk pun takde. Semua benda kalo leh mahu sahaja di cop oleh ahli ahli politik ini sebagai benda yang paling kudus pernah dibuat kat atas dunia, tetapi akhirnya menyusahkan otak pintar saya untuk berfikir menyanggah khayalan dan fantasi mereka. Madefaker btol (extreme ke? sori. mare nie!). Baik saya bercakap pasal cinta, kerana cinta adalah sesuatu yang agung. Ibarat shah jehan yang membina taj mahal untuk kekasih tercinta, tak pun kasanova yang menjaja cinta cinta nya dimana sahaja. Sebab itu cinta merupakan satu benda yang paling unique pernah ditemui oleh manusia lama sementelah lagi manusia moden, tidak kira tua, muda, kertu mahu pun remaja purba. Semua ingin bercinta dan dicintai, tetapi tidak semua yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan.

Berbalik kepada topik, saya mengharapkan semua pembaca blog ini terdiri daripada pembaca yang berilmu tinggi dan tidak terpengaruh dengan tulisan mengarut saya kerana saya seorang paranormal dan juga abnormal. Kadang kadang saya boleh menjadi lelaki kacak dan selalu selalu juga saya menjadi lenglui yang chun and phun. Dalam teks dua tiga kerat kucing berlari ini, saya ingin membentangkan tentang hukum graviti bumi. Hukum graviti adalah diasaskan oleh saya sendiri secara fakta asasnya pada satu ketika dahulu sebelum dibentangkan semula oleh brader sir Isaac Newton dan beliau mendapat hadiah nobel manakala saya tidak mendapat apa apa pun. Hukum graviti men ceritakan bahawa semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu membentuk rumus [F=(G.m1.m2/r2)] dengan kadar pecutan graviti adalah pada 9.8ms2. Daripada hukum hukum ini maka lahirkan teori cinta teragung. Tak percaye? Percayalah. Jika diteliti, manusia juga merupakan benda yang berjisim tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dan setiap manusia ini mempunyai cas cas sama ada positif atau pun negatif. Selalunya cas cas yang wujud pada lelaki merupakan cas positif terutama ketika mata keranjang mereka melihat sesuatu yang meng ghairah kan. Ada pun perempuan membawa aliran cas negatif kerana selalu PMS semacam blog saya yang selalu meracau racau tidak tentu hala.

Walau teori diatas seakan akan menggambarkan bahawa hukum graviti adalah berkaitan atau mempunyai kadar pemalar dengan cinta, teori tersebut sebenarnya ralat. Hukum graviti tiada kena mengena dengan cinta, kerana jika anda jatuh cinta, cinta anda tidak akan memecut untuk jatuh pada kadar pecutan 9.8ms2 tetapi yang akan berlaku hanyalah pecutan pada hormon estrogen dan hormon prostesteron yang tersesar dalam tubuh tuan puan sekalian. Tidak percaya? Percayalah!!! Lempangkan. Belajar math ngan bio malas, pastu menyalahkan cikgu mengajar dalam bahasa inggeris. Inilah mentaliti orang melayu kolot kita. Berbalik kepada jalan cerita asal, pecutan hormon estrogen dan prostesteron ini akan mengakibatkan ego dan kekerasan seorang lelaki dan perempuan ini akan jatuh mendadak melebihi daya tarikan graviti bumi. Itulah masalah terbesar cinta. Walau pun cinta itu teragung, tetapi kadang kadang cinta boleh mengakibatkan kesengsaraan. Cinta juga mengajar manusia untuk menderhaka kepada tuhan apabila berlakunya kejadian sumbang mahram dan juga seperti kisah ikan haruan yang makan anaknya.

[Dugaan Perempuan Melayu. Mereka Selalu Tewas Dengan Godaan]
Maka hasil daripada kajian yang dijalankan sekian lama, maka saya ingin menerbitkan hukum baru iaitu “women fall in love with their ears, men fall in love with their eyes”. Penerbitan rumus ini walau agak ekstrim tanpa menggunakan sebarang nombor merupakan rumus asas pertama di dunia ini yang tidak akan dapat disanggah oleh mana mana saintis. Owh, saya mengharapkan saya pemenang nobel pertama rakyat Malaysia. Tentu uncle saya Tun M bangga dengan saya, tapi jangan bagi tahu dia saya berblog mengarut ngarut, nanti kena sound lagi. Jika anda seseorang yang bersosial atau seorang peserta sosial, anda akan dapat perhatikan dengan jelas bahawa perempuan amat mudah jatuh cinta apabila di ayat ayat oleh golongan lelaki. Mengikut statistik khalwat terbaru yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam di Terengganu kalau saya tidak silap, ramai je perempuan melayu jatuh cinta hasil pancingan ayat ayat maut oleh lelaki lelaki afrika, indo dan juga bangla. Kenapa ini berlaku? Kerana perempuan amat mudah jatuh cinta dengan telinga dan bukan nya dengan akal fikiran mahupun hati. Saya agak bernasib baik, kerana empat belas awek saya tidak tergolong dalam golongan cinta telinga ini. Tapi dalam ape ape hal pun, golongan lelaki merupakan golongan terbaik dalam mencari cinta. Kerana cinta mereka terletak pada mata. Lelaki hanya mendambakan cinta dari perempuan cantik, cun mahu pun kawai. Sekali lagi saya memang insan kurnian tuhan yang bernasib baik, sebab cinta saya bukan hanya pada perempuan cantik tetapi juga kepada perempuan ber IQ yang tinggi juga. Maka kombinasi saya dengan empat belas awek saya sekarang adalah kombinasi paling mantap abad ini.