Mengenai Saya

Foto saya
nama mohd hairul ezral bin ahmad bahman.. umur..20 thun.. aku student perakaunan sem 4 2009.. di kolej INSTEDT.. Ape 2 INSTEDT?? institut sains dan teknologi darul takzim..

Rabu, 18 Mac 2009

Lupakan politik...


Bosan la kan bercakap pasal politik, sebab rakyat rakyat marhaen sudah naik menyampah dengan gejala tidak bermoral golongan cakap banyak dan juga banyak cakap tapi habuk pun takde. Semua benda kalo leh mahu sahaja di cop oleh ahli ahli politik ini sebagai benda yang paling kudus pernah dibuat kat atas dunia, tetapi akhirnya menyusahkan otak pintar saya untuk berfikir menyanggah khayalan dan fantasi mereka. Madefaker btol (extreme ke? sori. mare nie!). Baik saya bercakap pasal cinta, kerana cinta adalah sesuatu yang agung. Ibarat shah jehan yang membina taj mahal untuk kekasih tercinta, tak pun kasanova yang menjaja cinta cinta nya dimana sahaja. Sebab itu cinta merupakan satu benda yang paling unique pernah ditemui oleh manusia lama sementelah lagi manusia moden, tidak kira tua, muda, kertu mahu pun remaja purba. Semua ingin bercinta dan dicintai, tetapi tidak semua yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan.

Berbalik kepada topik, saya mengharapkan semua pembaca blog ini terdiri daripada pembaca yang berilmu tinggi dan tidak terpengaruh dengan tulisan mengarut saya kerana saya seorang paranormal dan juga abnormal. Kadang kadang saya boleh menjadi lelaki kacak dan selalu selalu juga saya menjadi lenglui yang chun and phun. Dalam teks dua tiga kerat kucing berlari ini, saya ingin membentangkan tentang hukum graviti bumi. Hukum graviti adalah diasaskan oleh saya sendiri secara fakta asasnya pada satu ketika dahulu sebelum dibentangkan semula oleh brader sir Isaac Newton dan beliau mendapat hadiah nobel manakala saya tidak mendapat apa apa pun. Hukum graviti men ceritakan bahawa semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu membentuk rumus [F=(G.m1.m2/r2)] dengan kadar pecutan graviti adalah pada 9.8ms2. Daripada hukum hukum ini maka lahirkan teori cinta teragung. Tak percaye? Percayalah. Jika diteliti, manusia juga merupakan benda yang berjisim tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dan setiap manusia ini mempunyai cas cas sama ada positif atau pun negatif. Selalunya cas cas yang wujud pada lelaki merupakan cas positif terutama ketika mata keranjang mereka melihat sesuatu yang meng ghairah kan. Ada pun perempuan membawa aliran cas negatif kerana selalu PMS semacam blog saya yang selalu meracau racau tidak tentu hala.

Walau teori diatas seakan akan menggambarkan bahawa hukum graviti adalah berkaitan atau mempunyai kadar pemalar dengan cinta, teori tersebut sebenarnya ralat. Hukum graviti tiada kena mengena dengan cinta, kerana jika anda jatuh cinta, cinta anda tidak akan memecut untuk jatuh pada kadar pecutan 9.8ms2 tetapi yang akan berlaku hanyalah pecutan pada hormon estrogen dan hormon prostesteron yang tersesar dalam tubuh tuan puan sekalian. Tidak percaya? Percayalah!!! Lempangkan. Belajar math ngan bio malas, pastu menyalahkan cikgu mengajar dalam bahasa inggeris. Inilah mentaliti orang melayu kolot kita. Berbalik kepada jalan cerita asal, pecutan hormon estrogen dan prostesteron ini akan mengakibatkan ego dan kekerasan seorang lelaki dan perempuan ini akan jatuh mendadak melebihi daya tarikan graviti bumi. Itulah masalah terbesar cinta. Walau pun cinta itu teragung, tetapi kadang kadang cinta boleh mengakibatkan kesengsaraan. Cinta juga mengajar manusia untuk menderhaka kepada tuhan apabila berlakunya kejadian sumbang mahram dan juga seperti kisah ikan haruan yang makan anaknya.

[Dugaan Perempuan Melayu. Mereka Selalu Tewas Dengan Godaan]
Maka hasil daripada kajian yang dijalankan sekian lama, maka saya ingin menerbitkan hukum baru iaitu “women fall in love with their ears, men fall in love with their eyes”. Penerbitan rumus ini walau agak ekstrim tanpa menggunakan sebarang nombor merupakan rumus asas pertama di dunia ini yang tidak akan dapat disanggah oleh mana mana saintis. Owh, saya mengharapkan saya pemenang nobel pertama rakyat Malaysia. Tentu uncle saya Tun M bangga dengan saya, tapi jangan bagi tahu dia saya berblog mengarut ngarut, nanti kena sound lagi. Jika anda seseorang yang bersosial atau seorang peserta sosial, anda akan dapat perhatikan dengan jelas bahawa perempuan amat mudah jatuh cinta apabila di ayat ayat oleh golongan lelaki. Mengikut statistik khalwat terbaru yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam di Terengganu kalau saya tidak silap, ramai je perempuan melayu jatuh cinta hasil pancingan ayat ayat maut oleh lelaki lelaki afrika, indo dan juga bangla. Kenapa ini berlaku? Kerana perempuan amat mudah jatuh cinta dengan telinga dan bukan nya dengan akal fikiran mahupun hati. Saya agak bernasib baik, kerana empat belas awek saya tidak tergolong dalam golongan cinta telinga ini. Tapi dalam ape ape hal pun, golongan lelaki merupakan golongan terbaik dalam mencari cinta. Kerana cinta mereka terletak pada mata. Lelaki hanya mendambakan cinta dari perempuan cantik, cun mahu pun kawai. Sekali lagi saya memang insan kurnian tuhan yang bernasib baik, sebab cinta saya bukan hanya pada perempuan cantik tetapi juga kepada perempuan ber IQ yang tinggi juga. Maka kombinasi saya dengan empat belas awek saya sekarang adalah kombinasi paling mantap abad ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan